Wednesday, 29 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul di FSK

Jumaat lepas 24 Feb, FSK ada anjurkan program sambutan Maulidur RASUL. Program nya ringkas dan sederhana. Ada bacaan selawat, disusuli dgn ceramah Maulidur RASUL. 

Ceramah tu tajuknya Pengembaraan bertemu Rasulullah SAW.
Sayu hati bila diingatkan kita ni umat terpilih. Terpilih dpt hidup di akhir zaman. Menjadi umat Rasullullah SAW.

Kelebihan umat akhir zaman:

  1. Menjadi saksi kpd umat lain di akhirat kelak. Kenapa? sbb nya umat Nabi Muhammad SAW adalah satu-satu nya umat yg tidak mencipta Al Quran yg lain/ tidak mengubah kitab kitab terdahulu. Kita adalah umat yg paling amanah, justeru berpeluang menjadi saksi kpd umat umat lain.
  2. Umat akhir zaman merupakan umat yg tidak pernah bertemu Nabi, tetapi beriman kpd Allah dan Rasul. Bertuahnya kita walaupun tidak bertemu kekasih Allah, tetapi masih Nabi berikan syafaatnya kpd kita. Subhanallah.

Ringkasan pengembaraan kita di akhirat kelak (berdasarkan kefahaman sy pada ceramah. Maaf kalau ada tersalah. Saya budak baru belajar)
  • Ketika roh keluar dari badan manusia, Malaikat Jibrail akan dtg memberi salam dari Allah dan mengajarkan kita berselawat- Ya Allah, semoga Kau permudahkan urusan ini untukku.
  • Bermula perjalanan roh diangkat ke Sidratul Muntaha.
  • Tiupan sangkakala pertama dan kedua berlaku. Manusia dihidupkan dan dibangkitkan dari kubur. Akan tetapi, manusia masih dalam keadaan tercengang dan tidak berbuat apa-apa untuk tempoh yg lama. 
  • Setelah lama menunggu selepas dibangkitkan, ada manusia yang menyarankan bertemu bapa kpd manusia iaitu Nabi Adam. Tetapi Nabi Adam juga tergolong di kalangan org yg tkut pada Allah pada hari itu lalu menyarankan manusia bertemu Nabi Ibrahim.
  • Pun begitu, Nabi Ibrahim juga memberi jawapan yg sama seperti Nabi Adam. Begitu juga Nabi Musa.
  • Setelah bertemu Nabi Nuh, baginda menjelaskan hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yg boleh brtemu Allah pada hari kebangkitan tersebut. Subhanallah, untung menjadi umatmu Ya Rasulullah!
  • Nabi Muhammad SAW bertemu malaikat Jibrail supaya Jibrail memberitahu Allah dipercepatkan hari hisab. 
  • Allah setuju dgn permintaan kekasih-Nya lalu mendahulukan umat Nabi Muhammad SAW.
  • Umat Rasulullah diasingkan di tempat tinggi di barisan hadapan berbanding umat-umat yg terdahulu.

Subhanallah. Allahuakbar. 
Beruntungnya aku menjadi umatmu Ya Rasulullah.


Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Harus diamalakan setiap masa. InsyaAllah



Moga kita lebih memahami biografi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW

No comments:

Post a Comment